Tuesday 22 March 2011



(II-III-iII)

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Thursday 14 October 2010

Bola Sepak Malaysia - Selangor vs Kelantan 12.10.2010

( Gelagat Penyokong Tempatan )

Shah Alam,8.45mlm
 perlawanan suku akhir pertama antara selangor vs kelantan
kenapa la perlu gaduh2 nie game pada mlm tu tgh rancak best di cemar pulak dgn pergaduhan
antara kedua2 penyokong aduh malu beb org melayu jugak peragai mcm nie..
dah bapa kali dah aku ke stadium xde la sampai gaduh mcm nie..
maybe selangor xb0leh lwn dgn kelantan k0t..asal lwn je confirm gaduh punye
dari 2009 lagi isy2..dengar cite ada 2 kematian tp medai melaporkan 1 je kes kematian
baik selangor baik kelantan cuba la duduk je diam then tgk je d0rang main xsusah pon

so menang kalah adat la kan..jgn la sampai gaduh2 smlm gua tgk berita perggg org kelantan bukan main samseng jalanan lg marah2 wartawan tv 1 isy xelok la cam tu kan..
so di minta semua org yg minat tgk bola nie jaga la tingkah laku oke..haha

Saturday 18 September 2010

Bile Bagi Muka Pijak Kepala


Jakarta



JAKARTA: Gerakan 'Ganyang Malaysia' merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar, Ahad lalu, manakala dua kumpulan baru menyertai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di sini, semalam. Kumpulan yang digelar Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) turut memulakan kempen memboikot produk Malaysia dengan memasukkan anak tikus ke dalam plastik mengandungi anak patung siri kartun popular, Upin dan Ipin.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan berbaju merah putih sebelum itu berkumpul di depan bangunan pejabat Menara Rajawali yang menempatkan pejabat Petronas dan melaung-laungkan perkataan ‘Ganyang Malaysia’ sambil menaikkan sepanduk anti-Malaysia.

Kumpulan itu kemudian berjalan dan menunggang motosikal ke pejabat Kedutaan Malaysia pada jam 2.30 petang dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman. Bagaimanapun, tiada kekacauan atau kejadian membaling najis seperti yang berlaku dalam tunjuk perasaan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA), baru-baru ini.

Kira-kira 170 pegawai dan anggota Polis Indonesia turut membuat kawalan ketat di luar pintu masuk Pejabat Kedutaan Malaysia sejak jam 10 pagi.
Ketua penunjuk perasaan, Jojo Priosi yang menggunakan pembesar suara mengutuk Kerajaan Malaysia yang didakwa menghina kedaulatan dan rakyat Indonesia, gagal menangani dengan baik isu Tenaga Kerja Indonesia dan melakukan muslihat dalam isu sempadan.

Beliau juga mendakwa tindakan pejabat Kedutaan Malaysia menggaji rakyat Indonesia bekerja dan memanggil Polis Indonesia berkawal di luar pagar kedutaan sebagai menghina rakyat Indonesia.

Jurucakap GERAM yang mahu dikenali sebagai Sheila pula berkata, kumpulan itu mendesak Kerajaan Indonesia menjadikan Malaysia wilayah ke-34 republik itu jika Kuala Lumpur terus menunjukkan sikap tidak menghormati Indonesia.

Malah, katanya, GERAM akan melancarkan kempen memboikot produk Malaysia dan berhenti melawat Malaysia.

Sementara itu, Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan keselamatan keluarga mereka di negara ini.

Katanya, Kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Luarnya dan Polis Indonesia memberi jaminan untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia sama ada yang bekerja, melancong atau belajar di negara ini.

“Kita dimaklumkan oleh pemerintah Indonesia yang mereka tidak berkompromi dalam soal keselamatan rakyat dan harta benda Malaysia di sini.

“Kita harap waris rakyat kita di Malaysia tidak bimbang dengan perkembangan yang berlaku ketika ini kerana tunjuk perasaan di sini dilakukan kumpulan kecil yang diupah pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua negara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat Malaysia di Indonesia supaya berhati-hati dan tidak mengunjungi tempat awam yang dikenal pasti berpotensi menjadi sasaran penunjuk perasaan.

Menurut laporan Bernama pula, kejadian mengusir atau ‘sweeping rakyat Malaysia’ turut berlaku di di daerah Ketapang, Kalimantan Barat.

Dalam kejadian 2 petang Ahad lalu, sekumpulan lima lelaki memakai pelekat di baju dengan tulisan ‘Ganyang Malaysia’ membaling seketul batu besar ke arah seorang jurutera Malaysia yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan selepas mendengar bunyi bising di luar rumahnya

Semua org marah mcm nie




GAINESVILLE: Sebuah gereja kecil di Florida yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia berikutan ugutannya untuk membakar al-Quran pada upacara memperingati serangan 11 September, menarik balik rancangannya.

“Saya ingin menjelaskan dan mengesahkan 100 peratus bahawa tiada sebarang kitab al-Quran akan dibakar pada jam 6.00 petang ini seperti yang dirancangkan sebelum ini,” kata pemimpin gereja, KA Paul dalam satu sidang akhbar.


Paul bertindak sebagai jurucakap Paderi Terry Jones minggu ini untuk membincangkan rancangan memperingati peristiwa serangan 11 September dengan membakar beberapa naskhah kitab suci al-Quran.
Bagaimanapun, berikutan timbul bantahan dan kemarahan yang tercetus oleh penganut Islam di seluruh dunia, Jones berkata dia mengumumkan menarik balik rancangannya untuk membakar al-Quran.

Jones mendakwa pemimpin Islam bersetuju memindahkan lokasi masjid baru jauh dari Ground Zero, dan satu perbincangan akan diadakan mereka hari ini.

“Beliau tidak berada di Gainesville. Beliau terbang ke New York dan saya yang membayar tambang penerbangan serta menempah bilik untuknya malam ini,” katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada imam yang terbabit dengan projek itu, Feisal Abdul Rauf, mempunyai rancangan untuk bertemu Jones.
Imam berkenaan sebelum ini menafikan sebarang rundingan yang menyaksikan lokasi pembinaan masjid dan pusat kebudayaan dipindahkan dari lokasinya berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan itu, ke tempat lain.

Feisal juga tidak mematuhi tempoh dua jam yang ditetapkan Jones untuk mengadakan rundingan dengannya.

Jones mencetuskan kemarahan umat Islam berikutan rancangan membakar al-Quran, manakala berpuluh ribu rakyat Afghanistan mengadakan tunjuk perasaan di jalanan menyebabkan seorang terbunuh.

Rancangan beliau dilihat bakal membahayakan lagi kedudukan tentera Amerika yang sedang berperang di negara itu dan Iraq.

Projek pembinaan pusat kebudayaan dan masjid berhampiran Ground Zero turut menyebabkan perbahasan hangat senat Amerika berikutan lokasinya yang terlalu hampir dengan lokasi serangan 11 September, menyebabkan hampir 3,000 orang terbunuh.