Saturday 18 September 2010

Bile Bagi Muka Pijak Kepala


Jakarta



JAKARTA: Gerakan 'Ganyang Malaysia' merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar, Ahad lalu, manakala dua kumpulan baru menyertai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di sini, semalam. Kumpulan yang digelar Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) turut memulakan kempen memboikot produk Malaysia dengan memasukkan anak tikus ke dalam plastik mengandungi anak patung siri kartun popular, Upin dan Ipin.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan berbaju merah putih sebelum itu berkumpul di depan bangunan pejabat Menara Rajawali yang menempatkan pejabat Petronas dan melaung-laungkan perkataan ‘Ganyang Malaysia’ sambil menaikkan sepanduk anti-Malaysia.

Kumpulan itu kemudian berjalan dan menunggang motosikal ke pejabat Kedutaan Malaysia pada jam 2.30 petang dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman. Bagaimanapun, tiada kekacauan atau kejadian membaling najis seperti yang berlaku dalam tunjuk perasaan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA), baru-baru ini.

Kira-kira 170 pegawai dan anggota Polis Indonesia turut membuat kawalan ketat di luar pintu masuk Pejabat Kedutaan Malaysia sejak jam 10 pagi.
Ketua penunjuk perasaan, Jojo Priosi yang menggunakan pembesar suara mengutuk Kerajaan Malaysia yang didakwa menghina kedaulatan dan rakyat Indonesia, gagal menangani dengan baik isu Tenaga Kerja Indonesia dan melakukan muslihat dalam isu sempadan.

Beliau juga mendakwa tindakan pejabat Kedutaan Malaysia menggaji rakyat Indonesia bekerja dan memanggil Polis Indonesia berkawal di luar pagar kedutaan sebagai menghina rakyat Indonesia.

Jurucakap GERAM yang mahu dikenali sebagai Sheila pula berkata, kumpulan itu mendesak Kerajaan Indonesia menjadikan Malaysia wilayah ke-34 republik itu jika Kuala Lumpur terus menunjukkan sikap tidak menghormati Indonesia.

Malah, katanya, GERAM akan melancarkan kempen memboikot produk Malaysia dan berhenti melawat Malaysia.

Sementara itu, Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan keselamatan keluarga mereka di negara ini.

Katanya, Kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Luarnya dan Polis Indonesia memberi jaminan untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia sama ada yang bekerja, melancong atau belajar di negara ini.

“Kita dimaklumkan oleh pemerintah Indonesia yang mereka tidak berkompromi dalam soal keselamatan rakyat dan harta benda Malaysia di sini.

“Kita harap waris rakyat kita di Malaysia tidak bimbang dengan perkembangan yang berlaku ketika ini kerana tunjuk perasaan di sini dilakukan kumpulan kecil yang diupah pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua negara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat Malaysia di Indonesia supaya berhati-hati dan tidak mengunjungi tempat awam yang dikenal pasti berpotensi menjadi sasaran penunjuk perasaan.

Menurut laporan Bernama pula, kejadian mengusir atau ‘sweeping rakyat Malaysia’ turut berlaku di di daerah Ketapang, Kalimantan Barat.

Dalam kejadian 2 petang Ahad lalu, sekumpulan lima lelaki memakai pelekat di baju dengan tulisan ‘Ganyang Malaysia’ membaling seketul batu besar ke arah seorang jurutera Malaysia yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan selepas mendengar bunyi bising di luar rumahnya

Semua org marah mcm nie




GAINESVILLE: Sebuah gereja kecil di Florida yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia berikutan ugutannya untuk membakar al-Quran pada upacara memperingati serangan 11 September, menarik balik rancangannya.

“Saya ingin menjelaskan dan mengesahkan 100 peratus bahawa tiada sebarang kitab al-Quran akan dibakar pada jam 6.00 petang ini seperti yang dirancangkan sebelum ini,” kata pemimpin gereja, KA Paul dalam satu sidang akhbar.


Paul bertindak sebagai jurucakap Paderi Terry Jones minggu ini untuk membincangkan rancangan memperingati peristiwa serangan 11 September dengan membakar beberapa naskhah kitab suci al-Quran.
Bagaimanapun, berikutan timbul bantahan dan kemarahan yang tercetus oleh penganut Islam di seluruh dunia, Jones berkata dia mengumumkan menarik balik rancangannya untuk membakar al-Quran.

Jones mendakwa pemimpin Islam bersetuju memindahkan lokasi masjid baru jauh dari Ground Zero, dan satu perbincangan akan diadakan mereka hari ini.

“Beliau tidak berada di Gainesville. Beliau terbang ke New York dan saya yang membayar tambang penerbangan serta menempah bilik untuknya malam ini,” katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada imam yang terbabit dengan projek itu, Feisal Abdul Rauf, mempunyai rancangan untuk bertemu Jones.
Imam berkenaan sebelum ini menafikan sebarang rundingan yang menyaksikan lokasi pembinaan masjid dan pusat kebudayaan dipindahkan dari lokasinya berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan itu, ke tempat lain.

Feisal juga tidak mematuhi tempoh dua jam yang ditetapkan Jones untuk mengadakan rundingan dengannya.

Jones mencetuskan kemarahan umat Islam berikutan rancangan membakar al-Quran, manakala berpuluh ribu rakyat Afghanistan mengadakan tunjuk perasaan di jalanan menyebabkan seorang terbunuh.

Rancangan beliau dilihat bakal membahayakan lagi kedudukan tentera Amerika yang sedang berperang di negara itu dan Iraq.

Projek pembinaan pusat kebudayaan dan masjid berhampiran Ground Zero turut menyebabkan perbahasan hangat senat Amerika berikutan lokasinya yang terlalu hampir dengan lokasi serangan 11 September, menyebabkan hampir 3,000 orang terbunuh.

Monday 13 September 2010

10.9.2010 bersamaan 1 Syawal 1431H ( Hari Raya )



MALAM RAYA
Dengan gaya selambur
aku pada mlm raya xtaw la pasal tahun nie b0san sgt kan..kalau aku b0san je aku mkn s0 per0t aku yg cute nie p0n bukan main naik lagi hahaha mlm raya p0n cite x best nak kuar pon kampung kan pe ada s0 lepak mkn tid0 je la aktiviti aku mlm raya hahaha





RAYA PERTAMA
Lepas menyusun 10 jari mem0h0n kepada ibu bapa saudara mara aku p0n tr0s pg beraya
rumah saudara2 ku yang dekat dengan kampg aku..
dpt la dalam 5 rumah aku beraya sampai s0lat jumaat p0n xpg punye la letih hahahah
raya kali nie mcm x best sgt la c0z tinggal aku dgn adik aku je akak2 aku semua raya rumah
mentua d0rang s0 rasa mcm x bape nak best kan hahah btw happy la jugak disebabkan
HARI RAYA AIDILFITRI





RAYA KE 2
Dari sabak bernam kampung aku tadi trus berjalan(menaiki kereta) ke kampung sebelah mak aku plak
dekat kedah tapi singgah di parit buntar Perak ke rumah saudara aku
yg tunang pada raya ke 2 tu... perjalanan lancar xpack sgt kate s0 aku tid0 je dlm kate
mlas nak bawak c0z  time t0k buli abg ipar aku hahaha

Tuesday 7 September 2010

Selamat Hari Raya

  • Raya Pertama Dengan Keluarga
  • Raya KeDua Dengan Saudara
  • Raya KeTiga Dengan Sidia
  • Raya KeEmpat Ke Rumah Kawan Bekas Murid 1 Tingaktan
  • Raya KeLima KeRumah orang kaya dengan harapan nak duit raya

Wednesday 1 September 2010

1hari Bersama bibah..


cik bibah
m0del yang sunguh hampeh bt0i payment dah bayar p0se xnak aduhis
l0cati0n : Kuala Lumpur
Time : 5.00pm

Bebuka puasa dengan cik bibah kite di mid velley kl, semua kedai masuk k0t sh0ping f0r raya 1pe pon xdibeli oleh cik bibah kite nie haha..dgn per0t nyanyi lagu secuci lebaran kite 0rg p0n st0p untuk berjalan then tr0s mencari l0kasi baik untuk bergambar tp sayang m0del yg diberi upah sebanyak RM 5 nie malu plak ari tu isy2 sakit plak hati den nie baru nak c0me back pada dunia ph0t0 nie maklum lah dah 3tahun tinggal kan,Sekarang rasa best plak main camera kan tmbah2 lg dah abes kan duit utk main die hahaha dah mcm main pumpan plak an..Masalah sekarang nie kenapa dari topic bebuka puasa ke t0pis yg xde kene megena t0gethed2 hahaha.bebalik pada cite bebuka kite 0rg kite p0n p la ke chicken rice shopig pg2 penuh mcm2 tmpt la pg semua nye penuh sakit hati plak an s0 kite 0rg p0n ambek keputusan utuk trus naik ke atas kite p0n bedal la ayam penyet bulan2 puasa nie makanan xsedap p0n bukan main lg sedap hahaha
tepat pukul 7.25 (bermakna azan berkumandang ) semua kt situ xbuke2 lg k0t ye la mana ada azan kan kt s0 aku p0n t0l0ng la azan kan ahahha xdgr muke cute lg mach0 aku aku p0n trus mkn tanpe memperdulikan cik bibah yg berada di sebelah melihat gelagat bf die yg gelojoh nie hahah makan n0 1 hehe....

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

1. Sihat sebelum sakit

2. Muda sebelum tua

3. Kaya sebelum miskin

4. Lapang sebelum sempit

5. Hidup sebelum mati.

Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.


1. Sihat sebelum sakit – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kpd diri anda dan orang2 disekeliling anda semasa anda masih sihat.

2. Muda sebelum tua – waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan anda menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan..bila anda telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Sebagai Khalifah di bumi Allah ini saya sekadar mengingati kepada anda di luar sana dan tentunya kepada diri saya sendiri, mgkin difinasi sy tidak sama dgn anda, apapun difinasinya renungkan dan fikir2kanlah. Salam mesra.